Assalamualaikum.
Aku mula
berjinak-jinak mengguna telefon bimbit sewaktu aku di tingkatan 3, itupun telefon
bimbit kepunyaan arwah abah. Oleh sebab aku tinggal di asrama, jarang-jarang
sekali aku menggunakan telefon bimbit tersebut. Maklumlah telefon bimbit
Nokia biasa yang fungsi keutamaanya membuat panggilan dan menghantar pesanan
ringkas, manakala rakan-rakanku pada saat itu kebanyakkannya masih belum
mempunyai telefon bimbit lagi. Jadinya, telefon itu aku hanya gunakan untuk main permainan ular.
Telefon
bimbit pertama aku yang ku beli menggunakan duit ku sendiri ialah telefon
bimbit berjenama Nokia model Asha 302 yang pada ketika itu harganya mencecah RM
450.00. Ianya sentiasa menemani aku ke mana sahaja sehinggalah aku melangkah ke
menara gading. Walaupun fungsi telefonku agak terhad tetapi ianya tetap menjadi
telefon kegemaranku. Aku suka mengambil gambar menggunakan telefon Nokia Asha
ku, walaupun kameranya cuma 3.2 megapixel namun hasil gambarnya sangat
memuaskan aku.
Nokia Asha 302 kesayanganku
Hingga kini
sudah hampir 4 tahun telefon Nokia Asha setia menemani dan memudahkan urusan
hari-hari aku. Walaupun aku sudah membeli telefon pintar yang baru atas desakan
kawan-kawan yang mengatakan susah untuk menghubungi aku kerana aku tidak
mempunyai akaun Whatsapp, Line, mahupun Telegram.
Aku bukanlah jenis seorang yang terlalu terikut dengan arah aliran telefon pintar yang semakin hari semakin canggih. Tidak terkejar duit kalau selalu mahu mengikut perkembangan terkini. Bagi aku, cukuplah telefon bimbit yang berfungsi dengan baik dan yang penting harga mestilah mampu milik.
Selain daripada telefon bimbit, aku juga mempunyai gajet kesayangan yang lain iaitu komputer riba berjenama Acer yang dihadiahkan oleh kakak sulungku sewaktu aku semester 2. Aku sangat bersyukur kerana mampu mempunyai komputer riba sendiri kerana ianya memudahkan aku untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahku selain mencari maklumat di internet. Tanpa komputer riba aku pasti mengalami masalah untuk menyiapkan tugasan dan memuat turun nota kuliah.
Kini komputer ribaku sudah lebih 3 tahun berkhidmat tanpa menimbulkan sebarang masalah. Aku berharap komputer ribaku akan terus berkhidmat dan menemaniku hingga aku lanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan