10/09/15

Tentang Diriku

 Assalamualaikum.


Aku dilahirkan pada 14 April 1992 tepat jam 4.30 pagi di Kampung Batas, yang juga merupakan kampung halamanku. Mengikut cerita mak, jururawat yang menyambut kelahiranku bernama Mardiana. Mungkin itu salah satu sebab mengapa namaku Nordiana. Tapi menurut abahku, namaku diberi sempena nama Puteri Diana isteri Putera Charles yang terkenal dengan sifatnya yang baik hati dan berjiwa rakyat. Kedua-dua cerita aku percaya sebab kedua-duanya cerita dari kedua orang tuaku.

Wanita yang bernama Che Yon Binti Othman merupakan ibu yang bertarung nyawa melahirkan aku. Beliau seorang yang sangat penyabar membesarkan 6 orang anaknya yang masing-masing punya karenah tersendiri. Tanggungjawab yang besar perlu dipikul saat abah pergi menyahut seruan ilahi pada tahun 2009, saat itu aku dan adik-beradikku masih di bangku sekolah. Kakakku yang sulung masih menuntut di Kolej Kejururawatan Sungai Buloh. 

Insan yang aku kagumi hingga kini dan sangat aku rindui. Pemilik nama Abd Rashid Bin Hassan, abahku yang kuat bekerja mencari nafkah demi memastikan kami sekeluarga hidup selesa. Walaupun masanya tidak banyak diluangkan bersama keluarga namun setiap minggu pasti akan ada mesyuarat keluarga, setiap orang anaknya akan ditanya sekiranya ada masalah atau apa-apa keperluan yang tak mencukupi. Selalunya pada saat inilah kami masing-masing akan suarakan kehendak mahu beli itu dan ini, sebab selalunya kalau tanya pada mak pasti akan ditapis berkali-kali sebelum dapat beli. Allah s.w.t hanya pinjamkan kasih sayang insan bergelar abah cuma seketika. Tarikh keramat 9 September 2009 yang menyedihkan dalam hidup aku dan adik-beradik yang lain, abah pergi mengadap ilahi pada usianya 46 tahun akibat penyakit jantung. Tiada lansung tanda-tanda beliau bakal pergi meninggalkan kami, namun kami redho dengan kehendak ilahi kerana menyemput insan yang kami sayangi pada saat beliau sedang berzikir memuji ilahi. Al-Fatihah buat abah yang aku sangat rindui.

Aku mempunyai 6 adik-beradik yang terdiri dari 4 perempuan dan 2 lelaki. Aku anak yang keempat, dan aku di posisi yang aku boleh rasai semua perasaan, sebagai seorang adik dan seorang kakak kerana aku mempunyai 2 orang kakak, seorang abang, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.Alhamdulillah, Allah s.w.t pinjamkan aku adik-beradik yang saling melengkapi, walaupun masing-masing punya kerenah yang tersendiri namun membesar bersama membuatkan kami semua sudah saling memahami antara satu sama lain.

Kekuatanku

Memori zaman persekolahan.
Andai dapat ku putarkan masa yang telah berlalu.

 Darjah 1-Darjah 6: Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara
Baru kenal erti kawan,
Cinta monyet yang tiada kesudahan,
Kenangan yang sentiasa ku simpan.

Belajat erti persahabatan,
Liku kehidupan di didik, dan mendidik,
Jasa guru yang berpanjangan.

Tingkatan 6 : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Bawa diri bersama semangat yang tinggi,
Ingin capai impian jejak kaki ke Universiti.

Alhamdulillah.... Sekarang menuntut di  Universiti Utara Malaysia
Mimpi dulu, kini realiti.
Rebut peluang timba ilmu dan perbaiki diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan