23/10/15

Daun semalu

Assalamualaikum.

       Daun semalu merupakan daun yang sensitif dengan sentuhan. Apabila disentuh daunya pasti akan mengucup. Pokok semalu mempunyai bunga berwarna ungu yang sangat cantik. Pokok semalu dikategorikan pokok renek yang tumbuh mencalar di atas tanah dan berakar tunjang. Disebalik mempunyai bunga yang cantik dan daunnya yang sensitif terhadap sentuhan, pokok semalu juga mempunyai duri yang melindungi daun dan bunganya. Sewaktu zaman kanak-kanak, kaki aku sering terluka akibat terkena duri semalu sewaktu bermain.

Pokok semalu
      Ketika dibangku sekolah, kakak senior aku selalu memberi tazkirah berkenaan dengan pokok semalu. Katanya kita sebagai wanita perlu mencontohi pokok semalu kerana seorang wanita perlu ada rasa malu dalam dirinya terutama di hadapan yang bukan muhrimnya dan juga perlu menjaga tingkah laku. Seorang wanita juga perlu sentiasa menjaga dan melindungi dirinya daripada dicemari sebagai mana duri semalu yang melindungi daun dan bunganya dari di ganggu kumbang mahupun manusia.

Setiap kejadiaan di dunia ini tidaklah Allah s.w.t jadikannya dengan sia-sia, pasti ada kehebatan disebaliknya. Allah Maha Besar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan